i  


Menu Utama


Pautan Berguna


Hubungi Kami


Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel: 03.
Faks: 03.
Mel-e:
sua@pbmitt.org.my

 


Kekerapan Dikunjungi

 

 
website hit counter
Sejak Oktober 2009


PBMITT Sepintas Lalu

PBMITT Sepintas Lalu

Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh para mahasiswa lepasan beberapa universiti Timur Tengah. Nama persatuan ini pada awalnya ialah 'Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah' (mencakupi semua negara Arab Timur Tengah) atau ringkasnya PBMTT yang dalam bahasa Arabnya "Jam'iyyah Khirriji Jami'at al-Sharq al-Awsat" atau dalam bahasa Inggerisnya "The Middle East Graduate Association". Kemudian nama ini ditukar kepada nama baru dengan penambahan perkataan 'Islam' menjadikannya "Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah" atau dalam bahasa Arabnya "Jam'iyyah Khirriji Jami'at al-Sharq al-Awsat al-Muslimin" dan dalam bahasa Inggerisnya "The Middle East Islamic Graduate Association".

 

Objektif Penubuhan

  • Menyatukan seluruh bekas mahasiswa Malaysia dari Timur Tengah;

    Mempertahan, mengembang dan menyiarkan ajaran-ajaran Islam;

    Memelihara dan memperjuangkan hak-hak kepentingan anggota;

    Mengadakan usaha-usaha kebajikan untuk membantu dan menolong anggota;

    Menolong dan memajukan bahasa dan pengajaran al-Quran al-Karim;

    Berusaha meninggikan taraf ekonomi anggota;

    Menumpukan kegiatan dalam bidang kebajikan umum;

    Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang tidak berlawanan dengan dasar-dasar persatuan ini untuk mencari kepentingan bersama; dan

    Dalam hal ehwal agama, Persatuan ini tidak boleh bertindak bertentangan dengan Pejabat-pejabat Agama Islam.

  •