Jawatankuasa Penerangan dan Hubungan Antarabangsa

Pengerusi:


Yang Berbahagia Dato’ Mahamud Abdul

Jawatankuasa Penerangan dan Hubungan Antarabangsa diwujudkan bagi memberi penerangan kepada para bekas mahasiswa Islam Timur Tengah tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini. Ini secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk menjadi ahli persatuan ini dan seterusnya bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan dari semasa ke semasa.

Selain itu, jawatankuasa ini juga berperanan dalam menjalinkan hubungan di peringkat antarabangsa khususnya negara-negara Islam di Timur Tengah yang pernah didatangi oleh anak-anak Malaysia untuk menimba ilmu hingga ke peringkat universiti. Hubungan di peringkat ini diwujudkan melalui kedutaan-kedutaan mereka yang terdapat di Malaysia dan dengan persetujuan pihak Kerajaan Malaysia.

Translate »
Web Design MymensinghPremium WordPress ThemesWeb Development