Geran Penyelidikan PBMITT

Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) menawarkan dana penyelidikan kepada para penyelidik yang berkelayakan. Kepada sesiapa yang berminat, sila kemukakan permohonan secara online berserta kertas cadangan penyelidikan (research proposal) yang lengkap untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan PBMITT.

Syarat-syarat pemohon:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ahli Berdaftar dengan Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT)
  3. Keutamaan kepada kakitangan akademik di universiti awam atau swasta.

Jumlah Peruntukan dan Tempoh Penyelidikan

  1. Jumlah maksimum bagi satu geran ialah RM 10,000.00 sahaja.
  2. Tempoh penyelidikan ini ialah 1 (SATU) tahun sahaja.

Bidang-bidang Penyelidikan

  1. Pengajian atau Pendidikan Islam
    • Syariah
    • Usuluddin
    • Dakwah
    • Al-Quran dan Al-Hadith
    • Sejarah Islam
    • Pendidikan Islam
  2. Bahasa dan Kesusasteraan Arab
    • Linguistik Arab
    • Kesusasteraan Arab
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) Bahasa Arab

*penyelidikan dalam isu-isu semasa akan diberi keutamaan.

Cadangan Penyelidikan (Research Proposal)

  1. Cadangan penyelidikan (research proposal) perlu lengkap dan mencakupi latar belakang kajian, persoalan kajian, objektif kajian, laedah kajian dan butiran peruntukan.
  2. Cadangan penyelidikan hendaklah dimuatnaik ke dalam ruang yang disediakan di dalam borang permohonan penyelidikan secara online.
  3. Cadangan penyelidikan yang diterima akan dinilai oleh panel penilai dan pemohon akan dimaklumkan dalam tempoh 2-3 minggu daripada tarikh cadangan penyelidikan diterima oleh pihak persatuan.

Hasil Kajian

  1. Dapatan kajian perlu diterbitkan dalam bentuk artikel jurnal atau buku.
  2. Dapatan kajian/penyelidikan adalah menjadi hak milik persatuan ini.

Tarikh Tutup Permohonan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2018. Pautan borang permohonan online akan dipadamkan dan dinyah-aktifkan selepas tarikh tersebut. Pihak persatuan tidak akan melayan permohonan yang dikemukakan secara manual.

Borang Permohonan Penyelidikan: KLIK

Web Design MymensinghPremium WordPress ThemesWeb Development